Wednesday, August 3, 2011

SaHaBaT





Jadilah sahabat bagaikan pelangi, jarang sekali ia hadir, namun sudah cukup menceriakan hati.
Sahabat yang baik, hadirnya menenangkan, perginya tidak membuatkan kita gelisah.
Kerana kita tahu dia pandai menjaga diri dan iman.
Sayangkah kita pada sahabat?
Kita cakap kita sayang, tetapi bila kita melihat di depan mata mereka melakukan kesalahan, kita akan teragak-agak untuk menegur.
Takut-takut kalau ditegur nanti akan ada yang terasa hati.
Tetapi kita patut lebih takut apabila nanti tidak bertemu di syurga.
Kalau boleh ke syurga bersama-sama.
Sahabat itu susah dan senangnya bersama.
Sahabat itu berlapar bersama.
Sahabat itu berpanas berhujan bersama.
Sayangilah sahabat kerana Allah.
Insya Allah, sahabat juga akan sayangkan kamu.

Thursday, June 9, 2011

Untuk Semua

To Ayah gud luk exam ....=)

Semoga dengan membaca doa ini ayah akn lebih smagt dan yakin untuk menjawab exam ....
Insyaallah ..

DAn dituju khas kpd adk ku , cousin2 ku serta adik2 n kakak2 kat SMA Maarif yang akn menghadapi peperiksaan taun nie ...

Sentiasa diamlkan ... Dan ini untuk semua ..=)

Wednesday, June 8, 2011

Wanita a.k.a women a.k.a girl a.k.a Annissa




Kecantikan Abadi bukan terletak pada paras rupa tetapi terletak pada akhlak yang mulia...

Tuhan berikan aku cinta...

Didengari apabila ku kebosanan...=). Ceh !!!!

To Muna : Aku sbnrnye x thu nk tulis gapo .... jadi ini sahaja yang ak bleh buat...Huhuhuhu..
 pEAce yO !

Wednesday, March 9, 2011

Alkisah 5 Dinamik 2010



Di kuala lmpur international airport klihatan sbuah kpal trbang sgera brlepas mnuju ke destinasinya england. kapal trbng MAS 5D10 bergerak mninggalkn landasan dgn gya yg tersendiri.. pilotnya HANIF mmandu psawt i2 dgn brhati2 agr tdk trlanggar brung2 yg bertrbangan d awam biru. pembantu pribadinya FAIZAH sntiasa mngawal tdung yg dpkai nya agr tdk mngeluarkan glembung2 udara dsebabkan pngkatnya..

di bhagian pnmpangnya pula klihatan seorg pramugara yg segak, ISE sdg mbersihkan lntai pesawt yg tak brsih wlaupn pnyapu yg dgunakannya ialah pnyapu yg ke-17. Ini krana hbs blu2 hbs dkerjakan olehnya...

Di bhagian kantin pula, seorang pramugari sdg sbuk mngira pitis hsil jualn buah drian di dlm pesawat sbnyak 30 ulas. Pramugari i2 sdg tekun mngira pitisnya tnpamghiraukan 2 org pnumpang yg brnma ZERI,dan SEDI mnjeling2 pitisnya,lalu mjadi juling...

Kmbali ke bhagian tgah, seorg pnumpang SARAH sdg khusyuk brmain masak2 nga SOLAH agr SOLAH tdk trtutup mate nya..AIN ISMAIL dn SALLY ialah pnumpang yg sdg sbuk mntelaah buku sjarah yg brtajuk Cinderella. Disebelahnya pula, QIELAH dan BAZILAH sdg sbuk mlakar peta dnia. Manakla pnmpng di hadapan nya ZELIN sdg seronok brmimpi NADIAH brjmpe dgn David Beckham.

Tba2 pesawat brgegar apabila bumbungnya ditimbusi telur kpunyaan salah seorag pnumpang NAJWA.. Dua orag kwn baiknya, FATIN dan ZAHIRAH sdg asyik mnonton rncangan mreka ,teletubbies smbil mnyanyi 'tingky, winky, dipsy,lala, poa, teletubbies3x say a hello eoo'. Disudut klihatan, WATI yg mnangis teresak2 krana tdk prcaya ct nurhaliza akn brkahwin dgn dtuk K.. ZATUL extablematenya brtnyakan sbb dn akibt mnangis. Apabila mngetahui pncanya, mreka tlh mnyebabkan MAS 5D10 banjir..Ini tlah mndorong AIN ALI , yg sdg syok malayan lelakiyg brjalan begopoh-gapah mndari The Guidness Book Of Record utk mncatat prkara luar biasa i2.. ( MAS 5D10 bnjir tp tdk trhempas)wkakaka3

Suasana mnjadi sepi apabila kdengaran lgu Radja-jujur yg dinyanyikan oleh seorang pnumpang yg blh tahan kmancolannya, UDIN yg mnjadi kegilaan brung2 yg brterbangan diluar psawat... FAHMI dan MAT CASS srta mrta trjeluok ditmpat kjadian apbila trdgar nyanyian UDIN.. Ini krana seat mreka sebelah-mnymbelah...Namun dmikian, mreka tlh dselamtkan oleh Doktor BK(bukit keluang), LILY drpd trus mngotorkan seat mreka...Dengan i2,LILY tlah dinobatkan 'Artis Baru Paling Popular' ats jasa nya yg tlh mnyelamat kan 2 buah nyawa yg tdk bedosa...Pada masa yg sama, pramugara yg hensem lg macho, ISE trpksa mngemop sgala sisa yg ditnggalkn....

Di satu sudut , klihatan seorang mnusia yg mpunyai 2biji lubang idung relaks mghafal ayt hafazan, LEHIN krana tkt dmarahi PENDI yg dsebut2 bkal housematenya...Disebelahnya pla DERIS yg sdg gelojoh mnikmati CREAM-CREAKER yg dikongsi brsama YUS yg bru dibeli d ECONJAYA..Seketika kmudian, pengunguman "Perhatian kpda smua pnumpang MAS 5D10, psawat akn mndarat sbentar lg,oleh i2 pnumpng diharapkan tdk 'sero' dgn ap yg diwasiatkan ini"....

Apabila mndgar pngunguman i2,mreka brsorok dn mlompat beramai2..Tetapi ad jg yg OVER-JUMPING,,PEIN yg trlalu excited apbila mnyedari mreka tlah smpai di ENGLAND.....

sekian.............


created by : bendahari klas kami iaitu SYAHNURULAmIRa......thnk u syah....

Wednesday, February 23, 2011

Teguran Itu Penting


"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Monday, February 21, 2011

Netball.........



     Ari nie best sngt sbb Ira sanggup untuk amik sye kat umah smata-mata nak sruh sye tngok dyeorg berlawan prshbatn dgn Imtiaz.....Ummm best sangt....adik2 terbaik r.....Alhadulilh kemenangan bg pasukan  menegah ats berpihak pd kami.......Ermmm adik2 yg menengah rendah jgn frust cuba lg nie baru pershbtn bukan perlwann yg sbnr lg......Nanti game sbnr korang kene buat yg terbaik taw....... Maarif terbaik r.....

Thursday, February 17, 2011

Kenangan Terindah


Nie mase form 4


Nie mase Form 5


Kat KKTM...Ada lawatan sambil blajar....


Mengaminkan doa untk keberkatan.....


Mase raye,,,...Nie kami ngan our Mudir


Nie time study...tpi amik ksempatan bergambar jap.....hahahaha


Ermmm nie da dkt nak exam buat jamuan klas ckit.......rindu korang.....


Kalu da dkt exam nie lar time nak mintak maap kat cikgu2.......majlis restu ilmu..... 


Nie yg pling sdih....mase nie da abih exam....and kawan2 lme dtg mmeriahkan majlis perpisahan......


Korang terbaik r.....

Rindu Sangat!!!!!!!!

Assalamualaikum.......


Zulaikha& Zuhairah


Zuhairah


Azzalea nak naik tangga


 Azzalea & Zuhaira

Zulaihka Kwai !!!!!


Bru skunk bleh update blog.....Sbnarnye sye nie bukan pandai sgt bab2 menulis nie......tpi tak pe lar nak tlis jgak......Ermmmmm hati nie sbnarnye rindu bangat dgn budak2 yg sye jage mase kat kuantan......Hmmmm terutama skali yg kecik2 iaitu Zuhairah,Zulaikha n Azzalea....Zulaikha sbg peneman ku swktu cek cik ada kat hospital dan yang lain pegi skolah.....mujur ada Zulaikha  kalau tak sorang lar sye kat umah besar 2.....x mungkin rumah sendiri pun pnakut duk sorang apa tah lg umah org len......Rmmmmm whatever.....But hapy duk umoh cek cik...Ada  Tira,Tifa,Tiah,Tila,Yee,Zulfa,Zuhairah,Zulaikha dan Azzalea.....<3 U all...Tu jew lar nak tulis...k daaaaa....

Saturday, February 5, 2011

" Tidak dihitung kaya orang yang banyak harta,tetapi kaya sebenar ialah kaya jiwa"

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa
fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik
adalah :

1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk
ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima
racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada
5. Lelaki yang baik sangka
6. Lelaki yang tidak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad
adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal
otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah adalah :-

1. Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan
setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar
dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.